Selamat Datang ke Blog Kami Pusat Naturopati Holistik Nurizzat  Hubungi 01111827281-En Sahli / 0193003806 -Pn Noor

Friday, 29 July 2016

RESDUNG DAN RAWATAN

RESDUNG

KAEDAH RAWATAN DAN PANTANG


KAEDAH RAWATAN RESDUNG DI NUR-IZZAT SHAH ALAM

1) Mengeluarkan lendiran berkuman yang berkumpul dirongga sinus dengan  sedikit rangsangan menggunakan herba kering di hidung.

2)  Kaedah ini digabungkan dengan pemakanan tambahan 
(supplement) bernutrisi tinggi untuk tujuan penyembuhan dari dalam.

3) Diikuti dengan berpantang.


SIAPA YANG TIDAK LAYAK UNTUK RAWATAN RESDUNG?
1  1 )    Pengidap sakit jantung.

     2)    Pengidap Asma yang teruk.

     3)    Wanita mengandung.

     4)    Ada melakukan pembedahan di bahagian badan dan    tempoh masa antara pembedahan dan hajat membuat rawatan resdung sangat rapat.

     5)    Pengidap G6PD / Anemia (kurang sel darah merah). 

                                            PERINGATAN!!

Anda tidak boleh buang lendir atau mukus secara luaran sahaja.
Seperti yang anda ketahui, resdung bermula apabila berlaku jangkitan di rongga sinus anda.
Maka, kekuatan antibodi sebagai perisai dan askar-askar yang hendak menentang virus atau kuman ini perlu.

Kekuatan dalam juga perlu. Kuat dalam baru kuat luar!!!


LENDIR RESDUNG 


Terapi pembuangan lendir resdung adalah proses dimana lendiran berkuman yang terperangkap di ruang sinus dibuang dan dikeluarkan. Lendiran inilah punca kepada masalah resdung. Apabila punca resdung ini dibuang maka insyallah masalah resdung itu sendiri dapat diatasi. Jangan berlengah untuk melakukan terapi pembuangan lendir resdung kerana masalah ini mungkin akan semakin parah jika dibiarkan.

GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)

  • Hidung selalu tersumbat.
  • Lendir dari hidung dan tekak.
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata.
  • Sakit tekak berpanjangan dan berulang.
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan.
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

KEMUDARATAN RESDUNG

  • Sakit tekak yang kronik.
  • Jangkitan tulang muka.
  • Menerukkan keadaan lelah.
  • Berdengkur yang kronik.
  • Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil.
  • Alahan hidung.
  • Selesema biasa yang melarat.