Selamat Datang ke Blog Kami Pusat Naturopati Holistik Nurizzat  Hubungi 01111827281-En Sahli / 0193003806 -Pn Noor

Sunday, 31 July 2016

REFLEKSOLOGI




Refleksologi adalah rawatan yang berguna untuk kesihatan badan kerana refleksologi membantu mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali berkerja pada tahap yang maksimum.

Kaki adalah bahagian tubuh badan yang sangat kompleks meliputi 26 tulang,107 ligamen,19 otot dan 57 sendi. Kecederaan sendi ,ligament dan tulang mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh seseorang antaranya rasa lenguh lutut, kebas, tegang pada bahagian paha dan masalah buang air besar. 

Tulang tapak kaki manusia diciptakan tuhan agak melengkung. Ia bagi memberikan kekuatan yang maksima untuk menyokong dan menahan berat badan manusia. Walaubagaimanapon, kedudukan tulang tapak kaki pesakit akan berubah jika ia menerima tekanan secara berlebihan.

Keadaan lengkungan bagi tulang tapak kaki setiap orang adalah tidak sama. Ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu lengkungan rendah, normal dan tinggi. Kajian perubatan mendapati individu yang mempunyai lengkungan tulang tapak kaki normal mempunyai kelebihan kerana tekanan berat badan diagihkan sama rata pada tapak kaki. Keadaan ini menyebabkan pergerakan mereka lebih stabil berbanding individu yang mempunyai tulang lengkungan yang rendah atau tinggi.

Sesuai Kepada Semua Peringkat Umur Termasuk Warga Tua

Urutan refleksologi kaki ini amat sesuai kepada semua peringkat umur termasuk bagi warga tua yang mengalami sakit tulang dan sendi kerana ia membantu membetulkan semula kedudukan lengkungan tulang pada tapak kaki yang tidak normal. Masalah pada kaki, kebiasaanya tidak dapat dikesan dalam tempoh yang singkat dan kesakitan akan mula dirasai apabila usia mencecah umur 30 tahun. Kesakitan kaki mempengaruhi fungsi asas kaki selain membataskan pergerakan.

Penjagaan Kaki
Langkah pencegahan perlu dengan memastikan otot, tulang, sendi dan ligamen sentiasa terpelihara. Kita tidak boleh mengambil mudah penjagaan kaki kerana ia sama penting dengan anggota badan yang lain . Urutan refleksologi kaki hanya mengambil masa kurang daripada satu jam sahaja. Bagi pesakit yang mengalami masalah kesakitan pada bahagian tapak kaki disaran melakukan rawatan urutan refleksologi dengan segera sebelum ia semakin parah. Pesakit sangat digalakkan minum banyak air masak atau mineral selepas sesi urutan refleksologi agar toksin lebih mudah dibuang dari badan.

Kelebihan Rawatan Urutan Refleksologi

Selain memberi kesegaran yang berpanjangan, rawatan refleksologi  juga membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan melancarkan peredaran darah. Setiap tekanan urutan pada kedua-dua belah tapak kaki pesakit akan dilakukan secara berulang kali iaitu tiga hingga lima kali. Tekanan kepada 30 titik urutan ini mewakili pelbagai organ bahagian dalam tubuh badan antaranya  mata, otak, jantung, hati, perut, tulang belakang, alat kelamin dan bahagian kaki. Antara kelebihan lainnya adalah : 

Melancarkan pengaliran darah ke seluruh tubuh badan
Meningkatkan daya tahan atau imunisasi individu
Mengelak risiko tulang reput
Membetulkan kedudukan badan
Melancarkan pergerakan kaki
Menguatkan otot pada bahagian kaki
Membantu kencing tidak lawas
Menguatkan struktur tulang dan pinggul
Menghilangkan sakit sendi
Menghilangkan rasa letih
Mengurangkan risiko sembelit
Mengelakkan masalah usus
Mengelakkan masalah pada bahagian peranakan dan batin.

Jom dapatkan Perkhidmatan Refleksologi 


HUBUNGI KAMI SEGERA

01111827281En Sahli/
0193003806- Pn Noor