Selamat Datang ke Blog Kami Pusat Naturopati Holistik Nurizzat  Hubungi 01111827281-En Sahli / 0193003806 -Pn Noor

Friday, 29 July 2016

BEKAM


Berbekam Sunnah

1-Jenis kering atau Bekam Angin

Bekam kering bermanafaat untuk membuang angin serta melegakan sakit tanpa melukai kulit.
Cara ini amat baik bagi pelanggan yang tidak tahan sakit terkena jarum dan tidak berani melihat darah.
Di sedut dan di biarkan sehingga selama 15-20 minit.
Selepas di bekam kulit akan lebam selama 1-2 minggu.untuk menghilangkannya kesan lebam tersebut  dengan menyapu minyak but-but.

2.Bekam Luncur

Bekam luncur selalu di lakukan pada bahagian belakang badan.Bahagian yang hendak di bekam di lumuri dahulu dengan minyak kemudian  disedut secara ringan,kemudian mangkuk di luncurkan ditempat yang sakit,ada angin.
Tempat yang sakit dan berwarna hitam seelok-eloknya di sedut selama 2-3 minit dan dibuang darahnya,




soalan-soalan Lazim Tentang Bekam

  1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja.Semua alatan bekam kami akan melalui proses STERIL selama 15min menggunakan UV STERILIZERS sebelum proses berbekam dijalankan.



3) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah ?
Individu yang dilarang ialah wanita mengandung,wanita haid,wanita yang kerap gugur,individu yang terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius,pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan pertama.

4) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

5) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah...

6) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?
Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam dua minggu sekali sebanyak tiga kali sesi berturut.

7) Apakah pantang larang selepas berbekam ?
Anda dianjurkan tidak boleh makan,mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.

8) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Berbekam pada waktu pagi dalam keadaan perut kosong atau berpuasa sehari sebelum temujanji bekam.